by Nur Anis Suhaimi

January 26, 2011

3 Hari di Ward!

All praise to Allah, the Almighty, I was discharged from the ward yesterday afternoon. The operation went on just fine, and I managed to experience absolutely a very interesting phase in my life.

Serius seronok gila dok kat wad. tapi aku bukan masuk wad gila la ye. Aku gerak dari rumah dan 'checked in' ke dalam wad D3 pada pukul 9.30 pagi. Operation aku 24 jam dari masa tu. Awalnye aku masuk ward.



Memang terkejut beruk aku time timbang. 53 kg??!! Sebelum ni 48 kg, kadang2 46 pon penah. Tapi seyes aku xla kesah sangat sebenarnye, sebab aku tau betapa tong sampahnya perot aku. and 24.... memang buat aku sedih tengok nombor tu. I know age is just numbers, tapi... tahla.

Masa aku sampai tu, aku asyik gelak2 je. taktau la nape, since dari maktab, kawan2 dah wish selamat, itu ini. Ada yang nampak takut, risau, macam2 la pasal operation aku. Family pon ada yang asyik call2, tambah2 Andak. Dia pulak yang takot lebih dari aku. Tapi aku cikit pon x rase takot. Memang seyes excited nak masuk ward niii heee!! 

Bila mak ngan ayah balik, aku tros babai, then senyum2 lagi. Last2 nurse pon sound, "Eh pelik btol la kamu ni. Orang takut nak kena operate, nak masuk ward. Dia seronok pulak! Dari tadi asyik gelak2 je ye..." Pastu tak pasal2 aku telah terkenal di kalangan nurse2 yang ada. Then sorang nurse datang dan bagi aku baju. "Adik, sronok ye masuk ward? Macam masuk skolah la ward ni, kena pakai uniform."

Lagi la aku syok! Cepat2 aku gi salin baju. Lepas salin je tros aku ambik gambar hee :D


Ambik gambar tapi kaver gigi supaya tak nampak terlalu excited.
Eh lupe plak. Sebelum aku sempat ambik gambar, doktor plak datang. 

"Adik baring jap ye. Saya nak ambil darah."

 
Sakit! tapi bukan masa cucuk... tapi outcome lepas cucuk. Ada jarum plastik kat hujung tube tu, masuk dalam kulit. Aku xleh nak bend tangan sangat, mesti sengal je rasanya. Kalau nak tengok, yang timbul tu la kesan jarum tu. Nak baring pon tangan kena parking baek punya.


Sebab terlalu awalnye aku masuk ward, aku ada banyakkkk sangat mase nak spend. Aku dah sediakan bekal to kill the time.
Thanks to Schue sbb pinjamkan. Memang seksa habes ayat dlm BM.
Oh lupe nak crita. Masa aku sampai kat ward, ade sorg lagi kakak dalam cubicle aku. Botak. Nama akak tu Lisa Surihani (bukan nama sebenar). Lepas dah settle down, aku borak2 ngan Kak Lisa. Oh tak, lebih kepada borak dengan kakak kepada Kak Lisa, iaitu Juliana Evans (sama juga bukan nama sebenar). Kak Lisa yang sakit tu polis. Dia nampak lemah so aku xla tanya dia macam2 sangat supaya aku x diberi penampar.

Kak Lisa ada breast cancer rupanya, umur baru 31 tahun. Dia rasa ada ketulan kat breast masa bulan Mei yang lepas, tapi dia takut nak gi doctor, dia tros makan ubat2 yang ada kat pasaran plus berubat camtu2 je. Nak jadi cerita, tak lama pun lepas tu, x sampai 5 bulan, ketulan tu pecah. She was rushed to the hospital, with blood all over her chest. Masa tu baru tau yang dia ada kanser. Even ketulan tu kat dalam, xde any discharge such as darah ataupun nanah. Itu yang dia pon x sangka yang dia ada kanser. Seram oh!


Lepas tu, dia troskan dengan chemotherapy untuk keringkan luka. 2x chemo, kepala dia dah botak. Masa aku jumpa dia tu, dia baru 6 hari lepas operate, buang affected breast. Kesian sangat, muda2 lagi dah jadi camtu. Tapi Kak Lisa kuat, dia tetap nak bangun and duduk borak2 ngan kitorang, walaupun setiap kali dia nak bangun, air mata dia mesti menitik sebab sakit.


Petang sikit, tunang Kak Lisa datang. Ni la part yang paling aku suka. Segan sebenarnye sebab diorang memadu asmara depan2 aku. Aku plak siap buat pertimbangan moral, nak tengok ke tak. Hahahahaha :D Takdelah. Aku sebenarnya respek ngan tunang Kak Lisa ni, sape lagi kalau tak Der Farid Kamil. Dia pon polis gak. Kachak =_=. 


Tapi bukan sebab tu aku respek, tapi sebab dia still sayang and terima Kak Lisa walaupun yela, Kak Lisa dah ilang salah satu aset kewanitaanya. Aku menyebok, mase borak2 dengan Kak Juliana kat depan tv, aku tanye la camne Kak Lisa dengan tunangnye. Tunangnye x kesah ke bla3. Kate Kak Juliana, tunang dia la yang beria2 suruh operate. Tunang dia siap marah2 sebab Kak Lisa taknak gi hospital.


Masa dalam ward, aku terdengar Kak Lisa dengan tunangnye berborak2. Manje Kak Lisa, tunangnye layankannn je. Sambil borak2, tunangnye lap air mata Kak Lisa, urut kaki dia (apesal aku mengintaiiiii!!!). Tiba2 Kak Juliana masuk dalam cubicle:


Kak Juliana : Ha Farid... bila sampai? Si Lisa ni tadi dah mintak akak bawak dia berjalan2 round ward. Boring katenye. Jauh jugak meronda2 tadi.
Der Farid     : Yeke kak? Ni saye datang, dia dok mengadu tak larat. Tadi bleh pulak jalan2 ye 
Saje nak mintak perhatian la dia nih. Mengada2.
Kak Juliana  : Ehehehe... ha tadi pegi timbang berat jugak. Dah turun berat dia. Dari 68kg dah jadi 66kg.
Der Farid   : Oit! Dia tipu saya kak. Dia kate turun jadi 62kg! Memang saje nak mintak simpati ni!
Kak Lisa        : Alaaa.... same la tu 66 dengan 62.....

Pastu Kak Lisa manje2 lagi, Der Farid camtu la, layankannn je tapi secara klakarnye. Kadang2 dengar Kak Lisa mengadu2, Der Farid membebel2, pastu gelak. Tiba2 sunyi... nampak Kak Lisa meleleh air mata je.. Der Farid plak mengadap dia, lap air mata, pegang tangan Kak Lisa. Memang klasik la cinta diorang ni. Semoga Kak Lisa dan Der Farid live happily ever after macam Cinderella.

Credit jugak kepada Kak Juliana, tegar dia jaga Kak Lisa sepanjang kat ward. Pagi2, Kak Juliana akan pimpin Kak Lisa pegi bilik air, then tukarkan baju dia. Sekali sekala terdengar Kak Lisa mengerang sakit dalam bilik air, sedih sangat rasenye. Ape yang Kak Lisa nak, semua Kak Juliana ikutkan. Petang2 anak2 Kak Juliana datang melawat, siap mandi makan bagai kat ward. Yelah, mesti rindukan maknye. Kak Lisa ngan Kak Juliana dua2 dari Sabah, diorang duduk share rumah, sama2 susah senang jauh dari kampung halaman. Besar pahala Kak Juliana jaga Kak Lisa, terharu tengok hubungan adik bradik close camni :) 

Sampai time makan.... yahooo!!! Aku memang lapaq gila ye tengahari tu. Tengok2 nurse hidang plak ayam masak rendang, memang raya la aku! Sedap x sedap, aku siap pau nasik hospital Kak Lisa punye. Dia makan nasik tunangnye beli, so aku makan la share dia hehehe. Sedap! Sapa cakap makan spital x sedap hah??!!

Aku tak paham nape gambar ni nak rotate sendiri. Tak bagi aku promot lauk spital lah tu.


Btw, malam tu, aku duduk depan TV, boring plak asyik baca buku. Sorang makcik ni borak2 sebelah aku. Aku bagi dia nama Makcik Gelisah sebab dia slalu gelisah ke sana ke sini dalam ward. Dia dah 11 hari kat situ, mata masuk spirit. Spirit yang minyak tu bukan spirit hantu ye. Dia belek tangan aku yang bertiub tu:


Makcik Gelisah: Adik baru ambik darah la ni ye. Ha tak boleh solat la camni.
Aku                    : Eh boleh makcik, cuma nak kena jaga la x bagi kena air kat sini.
Makcik Gelisah: Ehhhh!!! Tak boleh!!! Tak sah solat camtu. Adik nii... takkan yang ni pon tak tau...

Aku senyum jela. Kalau aku betah kang, trase plak org tua tu. Aku cakap ni bukan niat ape2 ye, just sebagai pedoman kat kawan2. Apepun terjadi, kita takleh jadikan alasan untuk tak solat. So Isya' tu, aku gi solat kat surau sorok2, taknak Makcik Gelisah nampak, kang kecik plak hati dia aku tak endah cakap dia. Tapi setel! Elok aku bagi salam, dia pon masuk surau. Aku tak cakap pape, senyum2 tros blah! Slamber jelah aku masuk balik dalam ward dengan telekung tak bukak, dari lama2 aku nak lepak kat surau then kena face Makcik Gelisah. Menjawab Pak Nawab la aku.


Lepas tu, ada doktor datang check up aku lagi. Aku ushar dia, dia ushar aku. Macam kenal lah dia ni. Bila aku tengok name tag dia: NORA SHAZWANI. Confirm aku kenal.

"Err...akak....eh2, doktor, doktor dulu skolah mana?"
"Em... skolah banyak... skolah yang mana?"
"Takdela. Macam kenal la doktor ni... hehe."
"Pokok Sena eh?"
"A'ah Pokok Sena! Patotla saya macam kenal akak! Hehe."
"Akak pon macam penah tengok je muka adik ni! Tapi x ingat... hehe."


Tu jelah critenye. Terjumpa balik senior. Biase je, aku x penah sembang pon ngn akak ni time skolah dulu. Tapi terjumpe ni jadi bermakna sebab seingat aku, last aku jumpa dia 2001, aku form 2 dia form 5. It was meaningful, also because we stayed far away from home, so we had practically shared the same facility, grew up in the same environment. We grew up together. All the best untuk akak doktor!


Aku tengah baring2, mase tu aku tengah lali ubat. Then lalu seorang jejaka kat luar cubicle aku. Mamat ni pon macam aku kenal. Last2 malam tu, aku boring lepas tengok TV, aku gi je ambush cubicle mamat ni. Btol memang aku kenal dia. Shaufiq!


Sori Shopek, aku curik gambar hang kat FB. Kita patot ambik gambar aritu!
Dulu dia Timbalan Ketua Pengawas SK Changkat Jering, aku S/U dia...hehehe. Dia datang sebab adiknye operate mata. We chatted for quite some time, then lepas aku operate tu dia datang lepak kat tempat aku plak. Sronok dapat jumpa kawan2 lama :) Hopefully Aiman is recuperating well!

Sampai la tarikh 24 Januari. Lepas subuh, aku sambung baca Geisha. Tak lama pastu, nurse datang bagi ubat. Aku kena puasa dari pukul 12 malam sebelum tu lagi. So ubat ni, aku boleh makan dan minum sikit je air, supaya aku tak muntah2 lepas bius nanti. Bila aku makan je ubat tu, tak semena2 aku pengsan. Same macam malam sebelum tu. Kuat btol ubatnye. 


Bilaaku sedar, nurse dah 2 3 kali kejut aku suruh siap2 nak masuk Operation Theathre (OT). Aku tengok jam, baru kul 8. Operation aku dijangka pukul 9 lebih. Lek lu nurse, sap kok lu. Aku tido balik, dia kejut lagi kali ke 2. Dah dia bagi ubat, confirm aku jalan! Last2 kali ke 3, untuk mengelakkan tak kena kejutan elektrik, aku pon bangun la jugak. Mandi2, then tros pakai uniform OT.


Tak dapek den nak ngambik gambo dengan uniform ni ha. Nak pakai kena berbogel di dalam. Jadi, agak x sesuai untuk tontonan umum jadi takdelah gambanye dengan outfit sexy ni hee. Lepas setel2 dah semua, badan aku mula dimasukkan air. Tangan aku pun dah dipakaikan gelang.


Pukul 9.10 pagi, aku ditolak di atas stretcher ke dalam ambulan. Heran gak aku, sampai masa tu pon aku xde langsung rasa takut lagi. Siap maki2 dalam hati kenape la aku xde camera yang boleh sorok dalam baju. kalau x mesti aku dah boleh ambik gambar kenangan naek ambulan. Memang aku excited dari mula kena tolak dari ward, naek lift, sampai ke pintu ambulan. Sepanjang perjalanan nak sampai ke ambulan, orang2 sekeliling pandang je aku. Standed la, kita mesti tengok orang yang atas stretcher kan kan. Tapi kadang2 aku terpikir gak, diorang tengok sebab standed ke, sebab diorang nampak sesuatu? Ok aku taknak pikir. Rezeki masing2. Kahkahkah. 

9.15 pagi, aku dah siap ditransfer ke atas stretcher operation, dan sudah berada dalam waiting room. Masa tu, sejuk tak hengat. Blakang stretcher aku, ada lagi 1 stretcher. Brader tu bagitau nurse, nak kencing. Sorang doctor tu dengar, pastu membebel2. Nurse pon cakap,"Cik kena kencing juga dalam botol ni (bekas kencing orang sakit tu la), tak bleh pegi toilet. Sebab tangan cik dah sambung dengan air ni, leceh nak bukak." Pastu nurse bawak tirai, tros tutup. Mase tu jugak aku buat keputusan untuk tahan kencing. Tak sanggup nok nak kencing dalam bekas, tutup ngan tirai je plak tu. Tak kira pasal tak basuh lagi..huhu.


Aku pon x sure pukul brape aku ditolak masuk OT. Aku estimate 9.35 pagi. Bila masuk tu, rasa cuak ade sikit. Sebab, semua orang kelam kabut berlari sana sini, semua orang nak bercakap, sebijik macam crita ER. Kiri kanan tangan aku orang pegang. Then slamber plak sorang doktor tu sembang dengan sorang doktor lagi sambil cari2 jarum and tah ape dia buat:


"Eh you dengar tak kes Hospital ***** semalam?"
"Kes apa ye?"
"Kes doktor salah potong breast. Cancer belah kiri, dia potong belah kanan. Tros kena saman 2 juta."


Wow! Sukanya aku dengar! Doktor tu naseb baek tangan aku kiri kanan kena pegang. Kalau tak mau dia yang kena buang tek ni.. hahahaha. Naseb baek aku x takot sangat nak operate ni. Buatnya aku lemah semangat... hiisshh. 


Pastu doktor tu cakap,"Adik, cucuk ni untuk bius, sakit sikit ya?" Pergh. Memang sakit dol. Aku pejam mata gak sebab, memang sakit! Aku ingatkan dia nak local bius (bius di tempat berkenaan sahaja), rupenye full bius. Lepas tu sorang nurse plak datang blakang kepala, dia cakap, "Ok adik, tarik nafas panjang2, baca Bismillah. Gas ni busuk sikit, tahan ya?" 
Nurse tu pon pekup gas mask tu kat muka aku. Aku otomatik pejam mata. Nurse tu cakap "Adik bukak mata, jangan pejam." Aku pon bukak mata, and itulah perkara terakhir aku ingat. Aku x sedar bila aku stat x sedar. The feeling was just so beautiful! How I wished I had that recorded...

Bila aku celik, aku nampak jam pukul 11.15 pagi. Tapi aku still tingtong. Mata aku berpinar2 lagi. Aku rasa pedih dan sakit kat tempat berkenaan. Dalam hati aku membebel, apehal doktor ni lame sangat tak bedah2 aku. Rupanya aku dah dalam recovery room. Sekejap je rasa. Hidung aku still ada menatang untuk bernafas tu. Aku pejam mata balik.

Sedar lagi pukul 11.30. Hidung aku gatal. Aku pon bermanja dengan menyuruh nurse tu garukan hahahaha. Aku takut nak angkat tangan, takut sakit. So aku telah berselubung macam baby dalam pekung, except aku x gebu macam baby la.

Rasanya dalam pukul 12 kot, aku dah dibawak naek ambulans balik, tros ke ward. Mak ade skali time tu. Kesian mak tunggu kat tempat yang salah. X dapat mak nak tengok aku masuk OT, kate mak. Ayah x datang sebab mesyuarat. Aku x kesah pon sebenarnya, thou nurse semalam tu terkejut aku cakap xde sapa tunggu aku masa operate. Memang aku x expect pon mak or ayah tunggu, aku dah besar kan. Lagipun minor surgery je kot, xleh manja2 sangat hee.

So sampai kat ward, aku still pening2 sikit, tapi lenguh dah rasa asyik baring. Nurse marah aku nak bangun. So aku trima kaseh banyak2 kat Shaufiq sebab teman aku borak, kalau x mati kutu aku.


So semalam, 25 Januari, aku dah boleh kluar ward since tengahari. Alhamdulillah... sekarang aku still rasa sakit sikit2 lagi, tapi aku tengah cuba xnak ambik pain killer. Kerja2 angkat berat pon aku takleh buat lagi mase skarang. Seyes rasa bersalah gila biar mak masak sorang2 :(


Anyway, aku enjoy sangat my stay in the ward for the past 3 days. Bukanla aku nak menggalakkan korang masuk ward, tapi nasihat aku, kalau korang warded, jangan takut. Just enjoy every new experience you are dealing with oka? 

Aku nak ucap trime kasih banyak2 jugak atas doa dan sokongan family members, juga kawan2 yang sentiasa sapot aku, call aku, msg. Sory ada yang aku baru reply smalam. Thanks tau kamu semua. Sayang kamu semua!


Thanks jugak kepada doktor yang telah membedah saya, juga nurse2 yang tak letih2 melayan saya. 


Akhir kata, hidup hospital! :D

6 comments:

schueism said...

i like!! hehe

Antara said...

a wonderful experience, i'd say. and a good entry to kick start 2011. ^^

good to have u back on track. =D

Unknown said...

gigih aku membaca sampai abes.. glad that ur happy babe.. come back soon..

Anonymous said...

alhamdulillah nis...same with shah,each letter aku x tinggal bace entry ko ni..aku susah nk bce something smpai abes..haha..

MohdIzwan said...

best la baca...
bc dr mula smpi abeh...

btw..apa yg kne operate?

Anonymous said...

sronok lak baca ang tulis!! rasa cam duk dengar ang duk bersembang! hehe..btw, miss u olredi! get well soon ya sista!